Perkhidmatan Kami
Penukaran Nama Pemilik Cukai Taksiran
Penukaran Alamat Surat Menyurat Cukai Taksiran
Status Permohonan
Makluman
Apa itu Pindah Milik Pegangan Berkadar (Borang I/J)? Mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), (1) Apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik maka adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindah milik dan pembeli atau penerima pindah milik dalam tempoh tiga bulan selepas jualan atau pindah milik itu memberi notis mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I dalam Jadual Pertama kepada Akta ini. (2) Apabila pemunya sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan mati, maka adalah menjadi kewajipan orang yang menjadi pemunyanya melalui warisan atau selainnya memberi notis mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh satu tahun selepas kematian itu dalam Borang J dalam Jadual Pertama kepada Akta ini. (3) Jika didapati gagal mengemaskini, boleh didenda tidak melebihih RM 2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.
Pengumuman
Mulai 1 April 2023, semua permohonan penukaran nama pemilik / alamat surat menyurat hendaklah secara dalam talian.